PENDARATAN CEMAS PESAWAT MAS MH192 PENUMPANG PUJI JURUTERBANG

| Sunday, 20 April 2014

KUALA LUMPUR KE BANGALORE
Rata-rata penumpang pesawat Malaysia Airlines MH192 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini memuji kecekapan juruterbangnya melakukan pendaratan dengan baik dan lancar.
TERKINI (2:30 AM) VIDEO : Pesawat MAS Patah Balik, Mendarat Cemas!
Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India berkata walaupun ini merupakan detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali.
Malah juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam, katanya.
“Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin,” katanya semasa ditemui pemberita.
Masluhuddin ditemui bersama 159 penumpang dengan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Pengarah Urusan Malaysia Airports Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya di bangunan satelit KLIA.
BlsUogMCAAAijGD
Kebanyakan penumpang menunjukkan reaksi tenang dan senang untuk ditemu ramah pemberita.
UPDATE 5AM: MH192: Syabas...Inilah Wajah Wira-Wira Kita!
Kapal terbang itu dikemudi Kapten Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang Prakash Kumar.
Goorau Pouri, 31, berkata gegaran dapat dirasai di dalam pesawat ketika masih berada di kawasan landasan.
BlsRuUkCMAAGPwO
“Saya sedar ada sesuatu yang tidak kena kerana terdengar beberapa bunyi tetapi kapten menangani keadaan dengan baik sekali,” katanya.
Pouri, warga Sweden, berkata kapal terbang itu berlegar-legar selama empat jam di Selat Melaka sebelum mendarat lancar.
“Saya mahu memeluk juruterbang itu jika saya berpeluang berbuat demikian,” katanya.
Pengurus Penyelidikan Van Diemen John, 40-an, berkata juruterbang pesawat MH192 itu amat profesional ketika mengendalikan pendaratan.
“Juruterbang itu begitu tenang ketika beliau mengumumkan bahawa kami terpaksa berpatah balik ke KLIA tetapi perlu menghabiskan sebahagian minyak dahulu.
“Kami berlegar-legar di Selat Melaka dan Kuala Lumpur. Beberapa jam kemudian kami mendarat dengan selamat.
“Beliau memberikan arahan dengan jelas. Beliau amat profesional dan melakukannya dengan baik,” kata John yang terbang dari Shanghai untuk ke Bangalore berjumpa dengan pasukan penyelidiknya.
- Bernama

FASHION TERKINI ARTIS HOLLYWOOD TIDAK PAKAI BRA

| Friday, 18 April 2014

TREND
'Fashion for the Brave' in support of the British Forces
 Kate Bosworth  Candice BoucherGoldie Hawn
Micaela Schaefer
Met Gala
Erin Wasson
Thor: The Dark World Premiere

LAGU TERAKHIR PENYANYI INDONESIA ALDA RISMA ELFARIANI YANG MENYERAMKAN

| Wednesday, 16 April 2014

MENANTI KEKASIH
Alda Risma Elfariani adalah penyanyi dari Indonesia yang pernah popular dengan lagu “Aku Tak biasa”.Alda ditemui mati di sebuah hotel di Jakarta kerana disyaki mengambil dadah yang berlebihan (overdose) ketika umurnya baru 24 tahun. Lagu terakhir sebelum beliau meninggal dunia adalah berjudul “Menanti Kekasih”. Lirik dan ketawa yang ‘seram’ di dalam lagu ini boleh membuat bulu roma meremang apabila didengar di waktu tengah malam ketika bersendirian. Alda meninggal dunia kira-kira tiga hari selepas lagu ini disiapkan, namun yang menjadi misterinya, tak siapa tahu siapa pencipta lagu ini. Lebih menimbulkan misteri, bila ada yang mendakwa lagu ini hanya ditemui selepas kematiannya.
VIDEO: Lagu Terakhir Allahyarham Alda Yang 'Menakutkan'...
 MENANTI KEKASIH
Malam sunyi ku sendiri
Duduk sepi diatas pohon
Ku biarkan rambut ku terurai
Tanpa kaki kelelawar
Anjing & bulan purnama
Ku menanti kekasihku
Yang belum mati
Kapan mati kekasihku
Ku menanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu (ketawa)
Mana mungkinku kembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti
hal141206alda_lg

PERTANDINGAN RATU PONDAN THAILAND 2014

| Saturday, 12 April 2014

RATU MAK NYAH
Photo: ไก่โต้ง รัชรวี จิระประภากุล Miss Tiffany's Universe 2006 ในชุดราตรีสีดำจากร้านก้องเกียรติ @kaitong_chicky #ก้องเกียรติ#black#dress#crown#beauty#beautiful#gorgeous#nice#awesome#great#misstiffanyuniverse#thailand

PENGKALAN TENTERA AMERIKA DI PULAU DIEGO GARCIA

|

PENGKALAN TENTERA YANG PALING STRATEGIK 
Pulau Diego Garcia bukan pulau peranginan atau penempatan, ianya adalah pengkalan tentera rahsia Amerika.  Pengkalan tentera ini menjadi milik Amerika bila perjanjian antara kerajaan UK dan Amerika ditandatangani pada tahun 1966. Ia akan tamat tahun 2036. Kerajaan Amerika boleh memilih untuk keluar pada pada tahun 2016.

KOLEKSI KERETA MEWAH SULTAN JOHOR

| Tuesday, 1 April 2014

10 GAMBAR 
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00. Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...